-->

Entries

Always smile because you really do have a pretty smile you know :)

Welcome

Welcome

Sunday 8 November 2015

College

Assalamualaikum bloggy! Rindulah nak tulis dekat blog. I know I know dah 8 bulan tinggalkan bloggy berhabuk kan. I'm so sorry bloggy. But that is okay because I'm back now!  So, hari ni Jay nak cerita what had happened to me for the past 8 months.


JAY MASUK COLLEGE!





Janganlah ternganga centu hikhik. Yup, Jay dah masuk college for like 4 months lebih. Jay busy lately because I'm taking A levels at ....... 

So Jay busy sangat with endless quizzes and exams. Kadang kadang Jay pun tak sure betul ke tak keputusan ambil A level ni because it is damn challenging but then Jay akan ingatkan diri Jay that apa apa pun yang Allah tetapkan itulah yang terbaik because Allah always know what we need :)

Tapi apa yang paling penting yang A level ajar Jay is that; Niat belajar mestilah lillahi taala (kerana Allah). Kalau belajar sebab nak result gempak or sebab nak impress cikgu or kawan kawan, susah sikitlah sebab Allah is our key to success. Dia yang tentukan kejayaan kita. Niat kena betul. Barulah hati kita akan sentiasa TENANG :)

Regardless how spoil we think we had made in an exam, if Allah say you will get A, then you will get an A. Sebab kadang kadang kita terlalu fikir we can't make it, padahal we can! And Allah is with us every single time when we're sitting for our exam. Dia yang tengok jawapan kita betul ke tak. Inshaa Allah, Dia tolong. Jangan terlalu fikirkan result or sebab nak fly, fikirlah Allah as our main goal :)



Doakan Jay berjaya dunia dan akhirat ya semua ^^


Sincerely, JasmineJay



Sunday 17 May 2015

Ukhuwah

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah SWT aku memulakan entri pada hari ini dan dengan nama Allah SWT juga aku mengakhiri entri pada hari ini.


Alhamdulillah.

Di saat ini, aku melihat ramai di antara kawanku yang akan sambung pembelajarannya tidak lama lagi yang terputus dek menunggu result upu, ipts, matrik, form 6, poli dan sebagainya.

Tetapi ramai juga yang sudah sambung belajar cuma di saat ini bahangnya semakin terasa. Kita ibaratkan yang sudah menyambung pembelajarannya sebanyak 30% dan di saat ini tambah lagi dengan 67% maka ia equals to 97%.

Alhamdulillah. Bahagia dan gumbira aku melihat kawan-kawanku yang sudah bertebaran di seluruh pelosok Malaysia demi mencari ilmu. Akan tetapi, di hati ini terselit sedikit perasaan rindu, hiba, gembira, menangis, ketawa dan sebagainya. kau dah kenapa mental nak gelak nangis sensorang?

****

Wallahi, I miss my friends. Tak sangka, yang sudah kulihat dia kecik cinonet hingus keluar sesama masa F1 dah besar. Dah masuk universiti. Yang pendek dulu sudah tinggi. Yang kasar dulu sudah lembut. Yang jahil dulu sudah beriman. Yang suka menangis dulu sudah tabah. Yang sentiasa bersama dulu harus berpisah. . . . . . 

Allahu rabbi. Pelbagai dugaan dan cabaran harus ditempuhi. Untuk mencapai satu slip penting. Perjalanan yang penuh onak dan duri dan selalu hujan lebat diselangi dengan guruh dan petir yang memanah apa-apa sahaja tanpa belas dan ihsan. Dan selepas itu, kadang-kadang pelangi indah selepas hujan. Sangat menyenangkan dan hati alhamdulillah tenteram bagai berada di atas awan. Tetapi itu cuma seketika kerana hujan lebat sering datang tanpa diundang. Cuma, diri ini suka hujan. Suka melihat air nya yang ajaibnya datang dari awan. Kuasa Allah SWT yang mencipta sesuatu perkara. Dasat! Apabila diiringi dengan panahan petir, diri ini takut dan lemah. Sentiasa futur. Takutkan Allah. Risau Dia memarahiku atas kealpaanku di dunia ini. Sama jugak dengan perjalanan hidup di sekolah. Penuh onak dan duri. Selalu hujan lebat bersama petir. Selalu kena denda sebab tak siap homework. Pembentangan guna kertas mahjung kalau boleh setiap hari. Gaduh dengan kawan. Bermasam muka antara classmates. Dormmates. Tak rapat dengan homeroom. Keputusan ujian kurang memberansangkan. Malas. Penat. Banyak extra class time weekend. Semua itu ibarat hujan lebat diiringi petir. Tetapi, pelangi itu tetap ada. Walaupun hadirnya seketika, at least kita tidak mental dengan hadirnya hujan lebat petir yang menakutkan. Bergelak ketawa dengan sahabat. Ada kawan yang sentiasa tolong waktu kita susah. Walaupun sekadar menolong kita teman pergi tandas sebab tak tahan nak terkencing. Keputusan yang semakin meningkat. Outing pergi makan secret recipe. Beriadah. Alhamdulillah pelangi masih sudi memunculkan diri tatkala diri ini sudah terlalu takut dengan panahan petir yang sungguh kuat. Dan kadang-kadang, dengan terbitnya petir yang maha dasat itu adalah untuk meyedarkan kita supaya sentiasa mengingati Allah SWT. Sebab kadang-kadang panahan petir itu adalah untuk membayar kembali kafarah dosa sewaktu kita jahil dulu. Fahamkan ayatku ini.

Ya, itu semua kenangan. Dan kenangan mengajar aku banyak perkara. 

Banyak sangat perkara tetapi yang ingin aku tekankan hari ini ialah mengenai ukhuwah.

Alhamdulillah, Allah masih sudi lagi hadirkan sahabat-sahabat baik untukku. Kini aku mengerti kenapa Allah juga menghadirkan aku kawan-kawan dan kadang-kadang tiada sesiapa.

Sahabat bagiku memang istimewa. Dia tidak perlu sentiasa memunculkan diri tetapi aku tahu dia sentiasa ada di sini *tunjuk dada*. Sampaikan ada yang berkata kepadaku, 'Um weh aku nampak kau ni terlalu bergantung kepada ***** lah. Kau takleh centu. Nanti kau yang susah kalau gaduh ke apa ke'. Dan jawapanku kepadanya adalah, 'Oh, kau perasan eh? Takdelah sebab kitorang memang rely on EACH OTHER. Dia bergantung padaku dan begitu juga aku. Sebab kami memang bersahabat'. Tolong jangan nak buat lawak 'oh kau ni kapiaq ka tak bergantung pada Allah SWT?' Alahai, buka sedikit minda anda. Dari segi apa yang sahabat mampu tolong lew takkan bila malas solat pun dia tolong solatkan. Haduh, yang tolong solatkan tu waktu kita jadi jenazah dik oi. Dan kawanku itu terdiam. Mungkin kerana dia jarang jumpa persahabatan pelik gini. There are still our ups and downs but Alhamdulillah by Allah's will I hope it lasts forever.

Aku juga ada kawan. Just a few. Not much. Seperti classmates, dormmates even batchmates. Kawan bagiku mungkin hanya ada beberapa sahaja sebab high school taught me about fakers. Ya, aku kini ingin berjaga-jaga dan ingin menapis orang yang aku labelnya sebagai kawan. Aku tidak ingin terperangkap lagi dengan fakers. Mungkin ada di antara kenalanku yang mengatakan aku sombong tetapi tidak mengapalah, ini keputusanku. Kerana aku hanya ingin berkawan dengan orang yang baik-baik sahaja. Bukan aku tidak ingin kawan juga dengan orang yang kurang baik cuma aku tidak ingin berkawan rapat dengannya. Cuma sekadar hai bai apa khabar itu sahaja. Aku tidak mahu aku terkena panahan petir lagi. Dan kawanku yang baik Alhamdulillah semuanya sentiasa ada untuk menolongku. Allah memberi pertolongan kadang-kadang melalui manusia *kenyit mata*. Allah masih hadirkan mereka untukku.

Tetapi, ada masanya aku tiada sahabat. Atau kawan mahupun kenalan. Mengapa? Inilah maksudku kafarah dosa. Inilah maksudku panahan petir yang terlalu kuat di mana hikmahnya Allah SWT ingin kita kembali mengingati Dia. Awat pelik semacam ja ayat hiang ni? Maksudku, kadang-kadang kita gaduh teruk dengan sahabat kita. Lepas itu ditambah lagi dengan perbalahan dengan sahabat. Kenalan takyah cakap lah, bukannya rapat pung. Kini aku faham mengapa. Kadang-kadang kita jalan pergi kelas sorang-sorang. Makan sorang-sorang. Keluar pergi surau sorang-sorang. Balik prep sorang-sorang. Semuanya sorang-sorang. Inilah dia kafarah dosa dan jalan pulang kembali ke Dia. Kafarah dosa mungkin kerana kita jahil dulu, kuat mencarut solat tak jaga puasa tak penuh dan sebagainya. Inilah dia kafarah dosa yang harus kita terima akibat perbuatan kita. Akan tetapi, harus diingat. Bahawa, hati manusia ini fitrahnya baik. Dan sesiapa hatinya yang memang akarnya akar kebaikan jahat macam mana pun akhirnya dia akan kembali menjadi baik. Tetapi manusia yang memilih tempoh untuk menjadi baik atau jahat. Contohnya, seorang budak fakir miskin (baik) yang baru first attempt nak mencuri and then berjaya, Allah hadirkan perasaan bersalah dalam dirinya. Tetapi dia berhak memilih untuk meneruskan pekerjaan barunya untuk menjadi pencuri atau bertaubat. Sekiranya dia sudah lama mencuri pun, kalau hidayah Allah, Allah beri padanya inshaa Allah dia akan bertaubat. Tetapi ada kafarah dosa yang harus dibayar. Contohnya macam setelah sekian lama mencuri dia dah kaya dan kafarah yang harus dia bayar ialah dengan dihidapi kanser paru-paru. Begitu juga denganku. Itulah kafarah dosa yang harus ku bayar. Allah tidak izinkan sesiapa berkawan denganku atas perbuatanku dan Allah SWT ingin aku sentiasa ingat pada Dia dan bergantung sepenuhnya pada Dia. Tetapi mashaa Allah sahabatku, kafarah dosa ini ada hikmahnya. Hikmahnya ialah Allah is pushing you towards Him through your kafarah dosa. Macam keling la ayat kau ni Jay. Dahla buat dosa, tetiba dapat dekat pulak dengan Allah. Mende ni??? *gelak*

Yela, bila kau dah taubat, kau akan mula mendekati Allah kan? Kau akan mula mencari Dia kan? Itulah maksud aku. Macam pemcuri tadi, kafarah dosa dia kanser paru-paru. Maka, dia akan sedar bahawa teruknya dia kerana tidak menggunakan keupayaan yang dahulu dia miliki untuk mendekati Allah SWT. Contohnya macam solat. Apabila dia sakit, dia susah untuk solat. Bangun dan berdiri tegak. Angkat takbir. Susah. Dan ketika itulah dia akan tersedar dan mula kembali mendekati Dia walaupun solatnya hanya sekadar menggerakkan mata. That's a good process of returning back to our Lord. Tidaklah mati kita ini sia-sia. 

Dan semuanya lillahi taala. Aku juga sedang berhenshin sedikit demi sedikit kerana aku tersedar banyak sungguh dosaku pada masa lampau kini dan akan datang. Untuk itu, aku ingin ucapkan ribuan jutaan infinity terima kasih kepada sahabat-sahabatku, kawan-kawanku kerana ada di saat diri ini memerlukan kalian. Ukhuwah yang terjalin ini moga sentiasa erat dan tidak akan pernah goyah. Inshaa Allah. Aku sayang kalian kerana Dia. Moga kita sentiasa berlumba membuat saham di akhirat kelak supaya tidak berlaku perebutan pahala (pergaduhan) seperti yang sering berlaku di dunia ini. Maafkan diri ini kerana tidak sempurna. Andai terguris hati kalian dengan kata-kataku ampunkan aku. Andai diri ini tidak mampu untuk menolongmu, ampunkan aku. Andai diri ini pernah menyakiti hatimu, ampunkan aku. To me, my sahabat and friends are purrfect with their imperfections. Jaga diri, jaga hati dan jaga iman. Ku akan sentiasa merindui kehadiranmu yang pernah mengisi hidupku. Alhamdulillah for your presence in my life. 



Sincerely, JasmineJay

Monday 11 May 2015

Parenting Skills

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum ya sahabatku!

Good morning!

Anak itu anugerah Allah yang tidak ternilai


*selingan sebentar*

Sebenarnya, Jay nak post entri ini masa hari Sabtu yang lepas tetapi memandangkan Jay agak bizi jadi terpaksa tangguhkan ke hari ini *senyum kucing*

Alkisahnya bermula apabila Jay mengikuti konferens yang bertajuk, "Rumahku Syurgaku" di Kuala Lumpur. Kebetulan ibundaku yang menjadi AJK untuk konferens tersebut jadi ibuku mengajak untuk turut serta. Sebenarnya, Jay memang nak ada parenting skills yang hebat sebelum memulakan langkah ke alam yang seterusnya (baca; marriage). Jadi, bagaikan emas jatuh ke seluruh badan maka Jay pun pergilah ke situ. Dan sungguh, Jay dapat banyak sangat info. Ni nak habaq mai. Duk dekat sikit *senyum menangis*


Perkahwinan

Apabila dua hati sudah bertaut maka diteruskan niat murni itu ke alam perkahwinan. Di sini, Jay nak tekankan bahawasanya apabila sudah bersedia untuk alam perkahwinan maka I assume that you are also ready for a very big responsibilities afterwards. Mashaa Allah sahabat! Perkahwinan itu merupakan tanggungjawab kalian untuk menjaga si dia sampai ke hujung nyawa! Bukannya satu tahun dua tahun lepastu bosan cerai. NO! It is for a lifetime. Awak yang kena bagi dia rumah, baju, makanan, duit, kasih sayang dan sebagainya. Bayar bil api, elektrik, kereta, motor, minyak petrol dan sebagainya. Banyak duit yang nak kena pakai tau. Lagi-lagi kalau isteri awak tak bekerja. Lagi-lagi pada zaman serba moden dan mahal ini. Lagi-lagi barang dapur, twistis, cikedis, kepchi, pijahat yang harganya makin naik sebab GST. Eh? *senyum nampak gigi*. Boleh ke awak? Tu belum pergaduhan yang bakal timbul antara satu sama lain. Bukan nak meng-encouraging you guys untuk bergaduh tetapi kalau dengan mak ayah kita pun pernah berbeza pendapat dan merajuk rajuk ni apatah lagi dengan suami isteri ye dok anak-anak? Stress kerja, karenah officemates yang keep delaying those mountains of paperworks, projek-projek bina bangunan semua dan sebagainya. Boleh ke? Kalau jawapannya ya, teruskan membaca. Kalau jawapannya tidak, silalah tutup belog ini supaya anda tidak terus sakit kepala dengan Jay yang gedik listkan segala macam masalah yang akan timbul nanti *gelak berdekah-dekah*


Permata

Apabila kita sudah berkahwin maka akan tertimbul lah soalan soalan seperti ini daripada makcik makcik kampung jiran sebelah. Makcik dari negara jiran (baca; Indonesia) pun sebok bertanya pasal ni. Haish tak faham betul aku -.-

"Oi Linda, kau kan dah kahwin. Bila nak buntingnya? Aku rasa dah dua bulan kau kahwin. Ke kau ada masalah dalaman? Opsss"

"Eh! Apa khabar Aisyah? Wah! Makin berseri-seri kau sekarang ni. Bila nak dapat anak saudara ni? Tak sabarnya aku!"

"Bukkk, bila mau ada anak keponakan niii? Bosan gue duduk seorangan di rumah ini. Sunyi banget!"

Itulah antara kiasan tentang anak yang masyarakat lemparkan. Maksudnya, apabila kita sudah melangkah ke alam perkahwinan, akan terdengar sok sek sok sek tentang anak. Yes, lepas berkahwin Inshaa Allah akan ada intan permata mutiara laut yang duduk dalam perut si isteri. Selalunya memang gitu, lepas kahwin inshaa Allah akan ada anak. Jadi, sudahkah anda bersedia untuk meng-shaping anak anda? Sudahkah anda bersedia untuk spend duit dengan lebih sebab nak beli susu, pampers, baju baby, shampoo baby, dan sebagainya. Lepastu bila dah besar sikit nak kena beli baju lagi, makanan lebih sikit, bawak pergi jenjalan, masuk sekolah sampai la ke universiti. BAYAR YURAN SEKOLAH SAMPAI UNIVERSITI! Baju sekolah, elaun untuk anak di sekolah dan sebagainya. Memang BANYAK pakai duit lagi-lagi untuk si bapa. Pernah dengar 'lelaki susah masuk Syurga tetapi susah jugak masuk Neraka'? Haaa cuba fikir. Sebab itu lelaki kena banyak berkorban untuk anak isteri sebab mereka 'Susah masuk Syurga'. Lepas itu, seorang suami, amalannya dikongsi dengan isterinya. Contoh dia bersedekah 50 ringgit masa solat Jumaat, pahala yang dia dapat, dia kongsi dengan isterinya. Bila dah banyak berkorban barulah jadi 'Susah masuk Neraka'. Lain pulak ceritanya bagi sang isteri. 'Perempuan senang masuk Syurga, senang masuk Neraka'. Sebab apa? Cuba hampa pikiaq sendiri. Aduyaiii. Pahala suami pun dia dapat apatah lagi pahala sendiri dan pahala daripada anak-anak. Sebab itu mereka senang masuk Syurga. Tetapi senang jugak masuk Neraka sekiranya derhaka pada suami, mengumpat dan sebagainya. Tetapi, mashaa Allah sahabat! Kalau anda ikhlas dalam membentuk anak anda dan membiayai segala-galanya untuk anak anda, Allah tidak akan memandang ringan perkara tersebut. Allah akan gantikan duit yang anda habiskan dengan pahala yang BANYAK! Allah akan gantikan kepenatan anda drive ke sekolah anak anda di Kedah dengan pahala yang BANYAK! Memang kita tak nampak pahala itu, tetapi percayalah. Pahala anda mungkin sahaja sudah sebesar alam semesta. Who knows kan? We don't know but Allah knows it all. So apa gunanya anak ini? Sebagai penyejuk mata je ke? Itu pun kalau dia perangai elok. Kalau jenis yang demand, panas baran, terlalu manja dan sebagainya? Haaa nak salahkan siapa? Salah ibu bapa kerana tidak mendidiknya dengan betul. Ok nanti Jay bagitahu macam mana seorang ustaz ini mendidik anaknya dengan Al Quran dan solat di dada dan hasilnya Mashaa Allah, seorang ppemimpin di sekolah! Hebat! Dikenali dengan sikap yang baik, disenangi oleh semua orang dan disayangi di sekolah!

Anak adalah sumber pahala untuk ibu bapa. Setiap wang yang dibelanjakan untuk anak, Allah gantikan dengan pahala yang banyak. Lagi-lagi si ayah.

Okay, apabila seseorang wanita itu mengandung, dia akan membawa ke mana-mana sahaja perutnya yang membulat itu selama 9 bulan lebih. Aduh, hampa ingat senang ke nak mengandung ni? Susah tetapi ianya anugerah Allah maka naluri seorang wanita akan berasa gumbira. Tiada lagi istilah susah! Apabila tiba saat anak itu perlu dilahirkan maka, seorang wanita harus bermandi dengan peluh keringat sendiri yang bagaikan banjir demi anak tersayang. Allahu Akbar! Hasil daripada kepayahannya, dia diberi seorang anak yang comel macam kucing. *senyum comel*. Haa jangan lupa baca doa supaya baby kita itu dijauhkan daripada gangguan syaitan ok? 'Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah bayi ini dan jauhilah dia daripada syaitan dan kerja-kerja syaitan'. Dan selepas itu, semakin ringanlah tanggungjawabnya terhadap anaknya itu. Sebab apa? Sebab sekarang tugas si ayah pulak untuk memandikan anak, pakai pampers, potong kuku, tidurkan anak dan sebagainya. Amboiiii! Mak dah kandung 9 bulan lebih engkorang takkan nak memboyot dengan makanan dekat rumah sambil tengok tv? HAHAHAHA! Marilah kita sama-sama memikul amanah yang Allah berikan okay? Itulah, kalau tak ready lagi, huhuhu better readykan dulu lepastu baru ambil langkah seterusnya. Lepas anak itu dah berumur 2-3 tahun, si ayah ajar anak untuk membaca Iqra'. Ajar dia untuk solat. Biar lah dia sujud macam sujud anjing, biasalah budak-budak. Ini hanyalah untuk pengenalan yang awal kepada anak-anak kita. Bawa dia ke masjid. Ajar dia dengan penuh kelembutan. Anak ini fitrahnya inginkan kasih sayang, dibelai manja, dikucup lembut pipinya, dipeluk erat dan sebagainya. Dan inilah bermulanya era di mana sang suami dan isteri harus bertanggungjawab dengan penuh dedikasi untuk membentuk anak-anak. Anak-anak pada umur ini kita jadikan dia sebagai bahan mainan kita. Kita banyakkan bergurau dengan dia. Ajar dia dengan penuh sabar dan lembut. Contohnya;
"Aiman, sekarang kita solat Zuhur okay? Tapi Aiman jangan tak solat pulak. Aiman solat, lepas dah habis solat, Aiman pergilah main kalau Aiman nak :)"
"Afiq, kenapa nangis ni? Siapa buat ni? Nanti kalau Afiq asyik nangis, Baba rasa sedih. Afiq nak ke Baba sedih?
"Afrina buat apa tu? Hari ini cikgu bagi homework banyak ke? Jom Mummy tolong jawab yang mana Afrina tak tahu"
"Adik, jom baca Iqra'! Mummy ajar macam mana nak baca Iqra' okay?"
Kalau parents yang kurang lembutnya akan jadi macam ni,
 "Aiman! Ikut Baba pergi masjid. Lepastu jangan nak berlari-lari dalam masjid ehh?! Kalau Baba nampak, siap Aiman!"
 "Dah! Takyah nangis! Diam!!!!"
"Eh Mummy bizi laa tak nampak ke?! Suruh la bibik ajar! Bikkkkkk!!! Tolong anak saya ni! Kamu duduk buat apa? Curi tulang ke?!"
"Mummy kan dah sebut 'ra' yang pergi sebut 'gha' tu kenapaaaa?!! Baca balik Iqra' ni! (kesian anak dia. Dimarahi sebab pelat 'r')
 Astaghfirullahalazim.


Memang berat amanah Allah SWT ni. Mendidik anak-anak memang susah. Tetapi ianya senang sekiranya kena pada caranya. The key is Sabar and Lembut. Tu je. Inshaa Allah, bergunung-gunung pahala untuk ibu bapa. Sebab anak memang perlukan kasih sayang. Bukannya kemarahan. Apabila seseorang anak itu sudah meningkat remaja, kita jadikan dia sebagai kawan. Kita rapatkan diri dengan dia. Selalu ajak jogging sama-sama. Ajak picnic sekeluarga. Selfie beramai-ramai. Ajak solat berjemaah sama-sama. Ajak baca Al-Quran bersama-sama. Bagi anak lelaki, ajar dia untuk berpuasa sunat. Dan ajar dia untuk kurangkan memakan daging merah (baca; daging lembu dan sebagainya). Sebab, ia boleh merangsang nafsu syahwat mereka pada umur ini. Bagi yang perempuan, ajar mereka untuk menutup aurat dari umur 7 tahun. Biarlah pakai tudung lengan pendek pun. Its for an early exposure. And dekat sekolah dah pakai tudung. Anak kita akan mudah mendengar kata sekiranya kita berlembut dan sabar dengan kerenah mereka. Yela, kalau orang tegur kau kasar-kasar, kau nak dengar ke? Kelembutan is the key. Cayalahh. Cium bebanyak sikit anak kau tu. It is not memanjakan. Ada beza manja dengan lembut. Contohnya;

"Aiman, dekat rumah kita dah banyak dah mainan. Kalau Baba beli yang itu, mainan Aiman yang dekat rumah tu siapa nak main? Nanti kan membazir. Aiman kan tahu yang membazir itu kawan syaitan? :)"
Instead of,
"Aiman cakap je Aiman nak apa Baba AKAN belikan! Just say it!"  
Kalau hang kaya, takpalah. Tapi nanti naik lemak la anak hang ni. Tiada disiplin dalam diri dan akan membuahkan anak yang dikatakan 'spoilt brat'. Hang takleh manjakan sangat anak hang. Naya hang satgi kalau dia tak dapat apa yang dia nak. Cuba hang reverse pyschology dengan dia. Buat dia pikiaq sikit. Hang cayalah, bila hang selalu buat macamni, anak hang nanti dah start matang umuq 16 tahun. Dan lahirlah seorang pemimpin dan khalifah di muka bumi ini! Darah daging hang pulak tu! Hihihihi *senyum teramat comel*

Bagaikan peribahasa JasmineJay yang mengatakan, 'Anak ibarat kain putih yang suci dan bersih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi warna warni atau pun warna hitam okengg?' 

Anak ibarat kain kan? So, kain itu ada dua jenis.
  • Kain yang bersih
  • Kain yang kurang bersih

Jom kita tengok yang putih bersih dulu.

Anak yang baik datangnya daripada didikan ibubapa yang hebat. Ibu bapa yang hebat mempunyai didikan agama yang hebat! Mereka mengajar anaknya berlandaskan Al Quran dan As Sunnah seperti mana mereka belajar dahulu. Tak percaya? Cubalah! Anda bijak mengubahnya!
  • Ajar mereka dekat dengan Al Quran
  • Ajar mereka solat berjemaah
  • Ajar mereka berfikir apa yang baik dan buruk
  • Ajar mereka dengan penuh kelembutan
  • Sentiasa luangkan masa dengan mereka (jangan duk lepak kedai kopi pulak; si ayah)
  • Sentiasa prihatin kalau mereka sakit
  • Sentiasa bergurau dengan mereka
  • Ajar mereka untuk sentiasa berbuat baik
  • Kurangkan memarahi mereka kalau mereka buat silap (si mak ni emo sikit)
  • Tegur mereka dengan penuh kasih sayang
Barulah lahir keluarga yang harmoni dan mengikuti ajaran-ajaran Islam yang sebetulnya! Kena sentiasa jaga rohani mereka. Bukan sekadar fizikal mereka sahaja. Bagi makan, duit, baju dah. Cukup. Mana boleh. Kena ajar yang rohaniah. Barulah wujud suasana Islamiah dalam keluarga. Kita agama Islam atas ic atau sebetul-betulnya Islam? Tanya diri sendiri.

Sekarang, jom tengok kain yang kurang bersih.

Kebanyakannya, zaman la ni, ada bibik. So, tanggungjawab ibu bapa otometik jadi tanggungjawab bibik. Eh?
Si ayah bagi duit nanti bibik yang beli barang dapur. Si ibu pergi kerja, nanti bibik yang masak, mandikan anak, pakaikan baju untuk anak. Si ayah pergi main bola, si bibik yang duk jogging dengan anak. Si ibu pergi shopping, si bibik yang tolong anak buat homework. Si ayah dan si ibu tak solat, si bibik yang ajar anak solat *harapnya tiada yang begini ye*

  • Lepas tangan kepada bibik untuk menguruskan hal anak-anak
  • Lepas tangan kepada ustaz/ustazah untuk memberikan didikan agama
  • Kurang memberi perhatian kepada mereka
  • Banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan
  • Terlalu sibuk dengan kerja
  • Banyak menghabiskan masa dengan duniawi pada waktu lapang dengan anak (shopping, cinema)
  • Kurang memberikan kasih sayang kepada mereka
  • Cepat marah atas kesilapan mereka
  • Hampa pikiaq la lagi Jay dah penat hahahaahhaha
Kalau beginilah caranya, si anak akan memberontak. Keras kepala, degil and you know it yourself. Ibu bapa pun kurang pahalanya. Padahal, anak itu sumber pahala untuk ibu bapa. Dah nama pun anugerah Allah. Maka, anda bijak mengubahnya!


Allah ada cakap dalam Al-Quran. Bahawa kita akan bertemu dengan anak beranak kita di Syurga nanti. Kalau semua masuk syurga lah.

'Dan orang-orang yang beriman, beserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan anak cucu  mereka (di dalam syurga), dan Kami tidak mengurangi sedikit pun pahala amal (kebajikan) mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya.'

(Surah At-Tur:21)

Mashaa Allah sahabatku! Andai kata kita semua satu keluarga berada di Syurga alangkah indahnya. Seeing your mother and father in Paradise is just, Alhamdulillah! Andai kata kita berada di tingkat satu Syurga, dan ibu kita berada di tingkat yang ke-100 Syurga. Kita akan dapat jumpa mereka walaupun berlainan level of tingkat.

Itu bagi yang masuk Syurga, sahabatku. Macam mana pulak kalau kita yang masuk Neraka, tetapi ibu bapa kita masuk Syurga? Boleh ke berjumpa dengan mereka? Jawapannya tidak! Konsep dia kena semua dekat Syurga baru boleh jumpa balik. Allah ada bagitahu sesuatu benda yang sangat menakutkan dalam Al-Quran. *emoji trauma*

'Sedang mereka saling melihat. Pada hari itu, orang yang berdosa ingin sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dari azab dengan anak-anaknya. Dan isterinya dan saudaranya. Dan keluarga yang melindunginya (di dunia). Dan orang-orang di bumi seluruhnya, kemudian mengharapkan (tebusan) itu dapat menyelamatkannya'

(Surah Al-Maarij;11 hingga 14)

Hang paham ke dok maksud dia? Maksudnya, orang-orang yang ada dekat dalam Neraka, nak ganti tempat kita di dalam syurga. Contohnya macam seorang anak yang berada di dalam Neraka ingin bertukar tempat dengan ibunya yang berada di dalam Syurga supaya dia selamat dari azab Allah SWT. Sampai macam tu sekali! Sanggup seorang anak buat centu dekat mak dia?! Astaghfirullahalazim! Takut tau! Moga kita semua dijauhkan. Sebab itu pegangan kepada agama harus kuat! Bermula dari ayah dan ibu sampailah kepada generasi yang mereka lahirkan (baca; anak-anak) dan seterusnya sampai cucu cicit cicot cucut citcit. *gelak*

Ada satu lagi tips yang Jay lupa nak bagitahu.

Bila anak kita dah besar sikit, biarlah permulaan dalam membaca Al-Quran itu kita yang ajar. Bukannya ustaz atau ustazah. Biarlah kita yang ajar dia alif ba ta baris atas bawah semua. Takpelah tajwid dengan makhraj tu. Yang itu ustaz atau ustazah ajar takpe. Sebab, apabila dia dah mahir membaca Al-Quran, ilmu yang kita berikan dekat dia yang dia dok amalkan ketika membaca tu, kita yang dapat. Banyak mana pahala anak awak bila baca Al-Quran, banyak tulah jugak awak dapat. Cuba bayangkan kalau setiap hari dari kecik sampailah ke tua dia duk baca Quran, wuishh bergunung ganang pahala kau dengan anak kau. Haiyaaaaa , dah nama pun sumber rezeki oiii. Takkan nak bagi sumber rezeki tu dekat ustaz/ ustazah? Hmph rugilah hanggg. Berapa ramai anak murid ustaz/ustazah tu? Haaa now I've shared with you the secret ingredient make sure you buat ok? *senyum lebar mata tertutup*

Kita ni kena kreatif dalam membentuk anak kita. Contohnya;

"Mummy nak bagi Aisyah 10 ringgit. Aisyah dapat 10 ringgit. Mummy dapat apa?"
"Mummy nak apa? Mummy cakap la :D"
"Mummy nak Aisyah tadah tangan lepastu cakap, 'Ya Allah ya Tuhanku, ampunkanlah dosa ibuku' boleh?"

Maka Aisyah pun berbuat sedemikian. Jadi, Aisyah dapat 10 ringgit. Ibunya dapat doa daripada anaknya. Tak ke comel gitu? Hihihihi


Oh yaa, sebelum Jay terlupa. Jay nak cerita pasal sorang ustaz tu kan? Well technically, he's 40+. But, he already had 8 or 9 kids. And he said he want to have 17 kids bcs of 17 rakaats altogether a day. Mashaa Allah. Kalau aku, pengsan dah. HAHAHA! But the amazing thing is, he enjoyed training and teaching his kids. Dia tak pening kepala dengan kerenah sorang-sorang. Dia tak mengeluh dengan duit yang dia perlu keluarkan. Like I said, seorang ayah memang kena belanja banyak. Ustaz tu dah banyak gila anak dia nak tambah lagi. Wa SALUTE sama lu! He is very penyayang dengan anak-anak dia. Sangat mengutamakan anak-anak dia daripada kerja dia. Kalau anak dia sakit, dia akan immediately take MC 2 hari. Amboi kalau 5 anak sakit, 10 hari? Haaa itulah dia pengorbanan seorang ayah. Sebab apa dia sanggup amik MC 2 hari? Padahal anak dia demam biasa je, batuk sikit-sikit. Sebab, dia kata 'Orang lain boleh selesaikan masalah dekat pejabat. Tapi masalah anak saya, saya je yang boleh buat (read; anak sakit).' Dia je yang boleh jaga anak dia kalau anak dia sakit. Takde sapa boleh ganti tempat dia untuk jaga anak dia. Sebab orang lain bukan DIA (read; ustaz tu la). He teaches his sons and daughters to pray on time, berjemaah pulak tu. Always read Quran. Quran adalah pendinding diri kita daripada syaitan. Tetapi, bukannya dia tak bagi tengok kartun. Bukan dia tak bagi main game. Ada je tablet dekat rumah. Tapi dia mengamalkan untuk kurangkan anak-anak dia buat perkara lagha. Lepastu, dia terus tak bagi anak-anak dia tengok tv. Sebab apa? Sebab dia nak jaga pandangan mata anak-anak dia daripada tengok aurat perempuan, people kissing and all that's stuff. Dia nak mata anak dia bersih! Sampai macam tu sekali. But still hiburan masih ada dalam kehidupan anak-anak dia. Bila anak-anak dia dah 16 tahun and above, time tulah dorang dah start matang. Sebab dia selalu berlembut dan ajak anak dia berfikir mana baik dan buruk. Reverse pyschology katanya. Sekarang pun, anak-anak dia banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti sekolah. Bukan setakat terlibat, anak-anak dia yang organise doh!! Bukan aktiviti sembarangan eh. Aktiviti pergi overseas ke Beijing sana nuh! Bagus bagus! Itulah dia. Kepada bakal-bakal ayah dan ibu, marilah kita mencontohi ustaz ini dalam membentuk anak-anak. Penuh kelembutan, Sabar dan Berhikmah!

Anak-anak, apabila sudah besar dan ibu bapa pun sudah meninggal, jangan lupa untuk sentiasa mendoakan mereka. Bukan setakat doa je. Meh Jay nak share tips nak ringankan kedua ibu bapa kita di kubur. Contohnya kan sebelum kita baca Al-Quran, kita doa dekat Allah SWT, 'Ya Allah, satu huruf Quran ini kau ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku'. Okay selamat mengamalkannya okay! Sebab itu amalan seseorang akan terputus melainkan dengan tiga perkara and one of it is doa daripada anak yang soleh/solehah.

Dengan itu, saya ucapkan 'Selamat Mendidik Anak-Anak Kita Menjadi Soleh Dan Solehah!'. Moga bergunung ganang pahala kita dapat daripada mereka. Inshaa Allah :) *waves hand*





Yours sincerely, JasmineJay

Wednesday 6 May 2015

L.O.V.E


Bismillahirrahmanirrahim.


Love comes in mysterious ways

Cinta. Perkataan cinta itu tidak asing lagi bagi kita. Sebab ianya fitrah. Fitrah manusia untuk mencintai dan dicintai. Akan tetapi, cinta yang akan dibahaskan kali ini merangkumi cinta kepada Allah, manusia, haiwan dan alam sekitar.


Cinta Yang Agung
Sebenarnya, mana datangnya perasaan cinta? Bagaimana ia boleh wujud di dalam sekeping hati? Bagaimana rupanya? Adakah ia boleh dimakan? Ataupun disentuh? Pelbagai persoalan menerjah fikiran kita tentang cinta. 

Adakah kita lupa?

Bahawa cinta itu datang daripada Allah SWT. Dia yang memberikan kita merasai nikmat cinta. Yes, cinta itu datang atas izinNya. Begitu juga dengan ketenangan. Kita tidak boleh melihat ketenangan, akan tetapi kita boleh merasai kehadirannya saat ia memunculkan diri.

"Love is a thing that we cannot see. But we can miraculously feel its presence by our heart. And that shows how special love is"

Untuk keterangan lanjut mengenai cinta kepada si Dia, sila Tekan Sini. I hope you enjoy reading it *senyum nampak gigi dengan mata bulat bersinar-sinar*


Cinta Kepada Manusia
Manusia memang menyukai perkara yang indah, sweet, manis tahap sambal belacan. Eh?
Memang tidak dinafikan bahawa perkara yang manis itu memang sodap dirasa. Tetapi ia mestilah diiringi dengan iman dan taqwa bukan kerana nafsu semata-mata. Ramai di kalangan kita yang sudah terpedaya dengan tipu daya syaitan untuk merasai cinta yang tidak diredhaiNya. Kerana apa? Kerana kita sudah terperangkap dalam tipu daya cilik syatonirrojim! Bangkitlah sahabatku! Sedarlah! Kita sudah ditipu hidup-hidup!

Dan tidak kurang juga yang sudah mereyam gatal nak kahwin. Speaking of marriage, it is not just about love. It is far more greater than that. Perkahwinan itu merupakan titik permulaan kepada tanggungjawab yang besar. Sekiranya kita gagal untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang berat itu, maka anda fikir lah sendiri berapa ramai yang bercerai zaman la ni. Anda bijak mengubahnya! Jadi, sekiranya kita tidak bersedia untuk apa-apa komitment yang berat seperti perkahwinan, keibubapaan, mengajar dan membentuk peribadi anak mengikut ajaran Islam, maka anda lupakan lah dahulu ok? *insert emoji senyum penuh lebar mata tertutup*


Fokus dulu dalam pelajaran. Fokus dulu dalam membentuk peribadi sendiri yang dicintaiNya. Fokus dulu dalam menjadi ibu bapa yang memahami. Fokus dulu dalam parenting skill yang hebat! Fokus dulu dari segi kewangan untuk menampung rumahtangga yang bakal didirikan. Dan yang penting sekali, fokus dulu dalam memperbaiki diri untuk membina generasi yang bertamadun, beradab, mengikuti ajaran Islam yang sebetulnya, berilmu, sopan santun, comel, kelakar, dan hensem. 

Err.

Tapi itu untuk cinta kepada suami atau isteri. Macam mana pulak dengan family and friends? macam barney and friends pulak

Walau apa pun yang terjadi, air dicencang takkan putus! Ingat tu. Walau gaduh teruk mana pun dengan mak ayah adik kakak abang atuk nenek atau sahabat sekalipun, inshaa Allah lama-lama baik lah tu. *senyum*

Even dengan orang lain pun, kita kena saling sayang menyayangi. Contoh terdekat; jiran. Contoh yang ekstrim; haters. Walau jahat mana pun orang buat kat kita, jangan benci dia. Sayang dia. Baru lembut hatinya.
"Tidak berimanlah seorang daripada kamu sehingga kamu mencintai segala sesuatu daripada saudara kamu sebagaimana kamu mencintai diri kamu sendiri" (Hadis Riwayat Al Bukhari)
Cinta Kepada Haiwan

Ada satu kisah mengenai haiwan yang ingin saya ceritakan. 
 There was this girl who studied in a boarding school. She really loves cats and she found a cute white baby cat at her boarding school.  After school’s times were over, she would always hurried back to her dormitory building to look at the baby cat. She would play and give a bath to the baby cat if she has the leisure time. As time and days passes, the white baby cat grew to be a very healthy and tame cat. Everyone in her boarding school loves that cat. But we must know that every living thing in this world is not permanent. Living things will die including cats. You see, in her boarding school, it is compulsory to pray congregational for Subuh prayer. So on one fine day, it was 6 am in the morning. She was walking towards the school’s prayer building when suddenly she saw that white tame cat rushed to her (by Allah’s will). The cat was like a small child who runs to her mother. She didn’t expect to see the cat but she was more than happy to say hello to the cat. It was a sweet moment. Little did she know that, that was the last time for her to see the cat. By Allah's will, Allah give her the opportunity to stroke and play with the cat just before the cat died. Because Allah knew that she will be depressed so He gave her the chance. She then stroked the cat’s head and say, ‘I have to go now. It’s already Subuh’. That evening, the cat died. It’s like a nightmare. She just saw the cat this morning and it is already dead? She waited no more; she rushed to the dormitory building and shockingly saw the white cat was lying on the ground. No blood. Just a fractured paw. It got pinioned by a car. Maybe the pain was unbearable. The girl was so sad. But she took it positively and Allah rewarded her patience with another 5 orange baby cats. Alhamdulillah, but still, she will always remember her favourite cat. She realised two things. First, everything in this world is temporary and to Allah we shall return. Second, if we are patient within the test from Allah, we will be rewarded more than we can ever ask for. She smiled to what had happen. Sometimes, heartbreaks happen because there is something down there that we need to learn plus it pushes us more towards Allah. So, lesson is learned!
So how was it? Best tak? Hihihihi *gelak berdekah-dekah*


Cinta Kepada Alam Sekitar

Siapa sini suka travel? Angkat tangan meletop angkat tangan! *senyum comel*

Kalau anda tanya Jay, Jay suka travel sebab suka tengok scenery yang cantik gila dekat dunia ni. Contohnya macam bunga-bunga rare dekat luar negara, cool views from the hills, air terjun Niagara, Sunway Pyramid. Eh?

Sebab itu lah. Sebab bila tengok nature rasa macam aduhai cantik banget sih kamu niiii! HAAHAHAHAHA!
And then at one point, Jay akan terfikir. SubhanAllah! Allah is the creator of these beautipully creations! So secara tak langsung, kita teringat dekat Dia :') *senyum sambil menitiskan air mata*

"So apa kaitan cinta dengan alam sekitar, Jay? Please be specific boleh tak? Eee gerraaamm betul dengan hang ni"

Ye ye, nak explain la niii. Ada orang suka gardening. Sebab dia suka tengok bunga mekar hasil tanaman dan kasih sayang dia. Dia sayang pokok-pokok dia macam pokok tu anak dia pulak. Err, please jangan bash saya. But for me, it is a very good habit! *round of applause*. Sebab lain orang lain minat. Dan minat yang membawa cinta kepada Allah is very rare. Sama je macam sayang kucing. Konsep dia sama sahaja. Apabila kita menyukai sesuatu perkara yang membwa kita kembali mengingati Allah, that is very superb!

Dah, itu sahaja untuk hari ini. Jangan komplen pendek sangat!

By the way, korang perasan tak yang in the end, cinta kepada manusia, haiwan dan alam sekitar semuanya related to Allah? Sebab Allah yang mencipta cinta *senyum puas*







Yours sincerely, Jay


Monday 20 April 2015

Mysterious

Assalamualaikum and hi!


*zipped mouth and a talking heart






I am an introvert.
What is an introvert?
Introvert is defined as a person who likes being alone and prefer to be less social with people.


But the thing is, I am thinking of myself as a different introvert.

I love being a sociable person.
I love being surrounded with happy people.
I love laughing a lot.


But, after all those moments passes by, I would rather go somewhere alone.
To think about what have I done just now.
To think about life problems that I often escape by laughing and go socialize with friends


Life is not that simple 

People sometimes mistaken me for an extrovert person

Well technically I don't blame them

Because people who barely knew me would often think like that

Except to those who have known me bitchly  well

And assume things I often show what I wanted them to see


Yes, I show you what I want you to see

What you didn't know is beyond your expectation

Here's a little sweet advice,

When you don't know something, try put some sugar in that bitter confusion called ask


Because you just don't know me well

Or do you?

****

Being a judgmental person is what we always tend to be

Either we realize it or not

We tend to shove a shit in a person's mouth because of what they show/say without asking them the reason behind it.

And that deserves a BIG ROUND OF POOP APPLAUSE for us

That is a serious heart problem.

Tajdid balik hati.

Sentiasa sentiasa sentiasa husnu dzon dengan semua orang. 

Because what we see may not always what it seems to be.

Tak faham?

Faham-fahamkanlah :)


Sincerely, JasmineJay who sometimes fail to control her anger



Tuesday 7 April 2015

Women

Assalamualaikum!

Today, I have a story to share. This story is about WOMEN. So ladies, listen carefully okay? :)


Situation 1


Below a shady tree inside a university campus, there is a group of ladies studying as their final exam is just around the corner. They were currently taking a break after stressing themselves about examination. Suddenly, one of them asked their friend named Maria about a rumor she heard about Maria.

"Maria, kita ada dengar something bad about awak. Kita bukan nak serabutkan awak dengan masalah ni tambah lagi dalam minggu exam tapi kita taknak orang dalam campus ni spread benda tak baik pasal awak. So kita nak tanya awak dulu pasal benda ni boleh?"

Maria berdebar

"Boleh. Tanya jela. Thank you sebab tanya kita dulu sebelum percaya pasal rumor ni."

"Betul ke yang awak selalu keluar malam-2 dating dengan Amir setiap weekend? And kita ada dengar orang label awak 'malaikat' dan 'perempuan suci' sebab dorang kata muka and perangai awak nampak je baik tapi awak berlakon je semua tu. Dorang kata awak ni hati busuk. Luar nampak baik, alim semua tapi dalam diri awak tu penuh dosa. Awak hipokrit! Dorang kata awak memang pandai berlakon. Mashaa Allah Maria, sedih kita dengar. Sebab tu kita nak tanya dulu dekat awak betul ke tak benda ni."

Tersentak Maria. Sedih apabila orang menabur fitnah tentang dirinya. Dia menahan air matanya.

"Astaghfirullahalazim! Iman, awak tahu kan kita macam mana? Kita tak sangka ada orang sanggup mereka cerita pasal kita. Iman, terima kasih sebab tak percaya terus khabar angin tu. Kita mana ada dating dengan Amir. Awak tahu kan, Amir tu memang minat dengan kita. Tapi kita tak pernah pun layan dia. Biarlah apa orang nak kata, yang penting kita tahu diri kita ni macam mana."

After that, Maria takes wuduk and pray two rakaat sunat prayer. She told Allah and ask Him for His Forgiveness.


Situation 2

There is a woman and a man who is currently taking a break during lunch hour inside a cosy cafe. They are officemates. Having their lunch after working from morning until noon.

"Weh babi, kau tahu tak aku benci betul dengan bos sial sekarang ni. Dia macam siot ah perangai. Asyik angin pehal? Bini kat rumah buat hal ke? Aku serabut betul dalam office tadi." said the woman sambil merokok.

"Babi kau kata aku? Hahaha lek ah weh! Chill ah, biasa ah bos memang centu en. Kau ni takyah ah stress pasal bos. Dah sebelum lunch hour habis baik kita chill dekat cafe ni. Tenangkan diri sebelum masuk kerja balik." replied the man.

****

"AWAK INGAT SAYA TAK DENGAR AWAK KUTUK SAYA MASA LUNCH TADI?! Eh pompuan, kau ni memang tak sedar dek untung! Kalau nak kutuk saya pun, pilih la masa dan tempat yang sesuai. Dah la kuat merokok! Tak sedar diri kau tu perempuan. Awak tak sedar ke saya duduk belakang awak je dekat cafe tadi ha betinaaaa?! Engkau boleh berambus dari sini YOU ARE FIRED!!!!!" rage the boss.

The woman cried so hard. She ran out from the office. Get into her car. Drove away so fast she can act with Paul Walker in one of his movies Fast And Furious. Hahaha takdelah. The woman was driving off the speed limit while crying. She didn't realize she was already dead. She got into a wasted accident. Another wasted death.

Situation 3

A famous group of immature boys in a well known boarding school gather around in their favorite spot that night. Smoking weeds while eating maggi. Gossiping about girls in their school.

"Weh, kau ada usha tak budak baru yang kelas Empat tu? Lawa lah siot. Tapi kuat mencarut bai. Harap muka je lawa tapi perangai macam setan!"

"Haa satu lagi, ada sorang budak tudung labuh tu pun ya ampun asal bajet alim sangat babi?! Aku takleh ah. Yang tu pun perangai macam apa je ada hati pakai tudung labuh! Ukur baju di badan sendiri ah! Kalau dah tahu perangai macam setan takyah bajet malaikat ah."

"Eee perempuan yang kuat mencarut ni aku rasa nak lesing je. Taktahu nak cakap leklok ke? Tu tak termasuk yang pakai ketat nampak boobs lagi. Yang saja nak tayang macam lah dia tu lawa sangat. Eee tak sedar diri punya perempuan!"

"Babi lah siot dorang ni! Ingat perangai lawa sangat ah. Memang cari pasal lah dengan kita."

The girls that they've been talking bad about find out about what they've been labelling her and all the craps they've been talking about her. And suddenly one them couldn't stand it and took a crazy decision which is suiciding herself by jumping off the school's roof. Maka terjadilah kisah seram di asrama. It's cliche Jay, cliche. 

Fine! *Jay merajuk.

Situation 4

"Weh Temah oiiiiii ! Kau ada dengar tak pasal jiran baru kita tu. Haa kalau kau nak tahu dia tu sebenarnya janda Temah oiiii."

"Biar betul Senah?"

"Betul Temah! Kau tengok laa, suami dia mana ada sekali. Aku sekalipun tak pernah nampak suami dia. Entah-entah suami dia kahwin lagi satu."

"Ish-3, kau biar betul Senah? Minta simpang lah suami aku pun macam itu. Hish sian pulak aku tengok si janda tu."

"Eh eh kau nak kesian apa weh? Aku rasa si janda tu sebenarnya mandul! Kau tengok ah dia! Dahla umur macam dah 40 lebih tapi satu je anak dia. Kesian betul!"

Padahal sebenarnya suami dia sakit teruk. Kanser otak. Sudah meninggal lama dah pun. Wanita itupun sebenarnya tidak mahu kahwin lagi. Dia asyik pindah ke rumah baru dan tidak mahu menetap terus di sebuah rumah akibat umpatan dan assumption yang dibuat oleh jiran-jiran di sekelilingnya. 

****

Astaghfirullahalazim!

Women, what do you feel? 
Hari ini, saya bukan ingin membuka 'Women Against Man Club' or 'Women's Right'. No, tapi saya ingin mengupas tentang hati seorang wanita. And this is for women only.

Pernah tak korang experienced those kind of situation? Where everyone is against you tak kisah lah lelaki ke perempuan. Semua macam nak boikot you or even kena pandang serong oleh masyarakat. Sebab ditabur fitnah, kuat mencarut atau dimarahi ibu, bapa, cikgu, jiran mahupun orang yang tidak dikenali?

Eleh takyah nak kata korang tak pernah. Admit jelaa korang pernah kena. Takkan kena marah dengan parents pun takpernah? Hahahahah.

Okay sekarang ni, Jay just nak cakap yang hati wanita ini ibarat kaca. We have to handle it with care. Kalau tak, terjatuh and then retak. Kalau tak retak, pecah berderai. Haaa tak kiralah dia tomboy ke tak, kuat mencarut ke tak, mesti terkesan di hati dia kalau orang cakap apa-apa pasal dia. Marah ke melenting ke, mesti pecah. Kalau tak pecah, retak mesti ada punya lah. Kalau tak banyak pun, sikit mesti ada. Elelelele ngaku jela korang!

Hahahahahahah.

Sebab apa retak atau pecah? Sebab wanita itu istimewa. Allah dah jadikan hatinya selembut kapas. Kalau dah tak lembut pun, kapas tu mesti ada lagi. Kalau dah namanya wanita, memang tetap wanita lah even tomboy macam mana pun dia.






Ladies, we are precious. Yes, hati kita lembut. Tak selembut sutera pun tetap lembut juga. Do not deny this ladies. Kita sedih. Kita lemah. Tapi jangan jadikan itu sebagai alasan untuk tidak mempertahankan diri sendiri.

Awak tahu awak tu lembut, tapi awak biar je orang nak kata awak macam-macam. Tegas lah sikit ladies!

Awak tahu awak tu kuat mencarut, tapi awak biar je diri awak macam tu. Awak taknak ubah diri awak. Bila orang label awak syaitan awak sedih. Hati awak retak. Tapi awak biar je. Luar boleh control cool tak terkesan dengan labelan orang tapi hati dah resah retak bagai.

Awak tahu awak kena marah tapi awak kena tabah la. Sama ada itu salah awak atau bukan salah awak, awak sabar okay? Allah ada :)

Ye, kita mungkin nampak lemah. Tapi itu bukan sebab untuk kita biarkan orang pijak kita. 

Ye, kita mungkin nampak kuat, cool tapi itu bukan alasan untuk kita kuat mencarut.

Ye, kita mungkin nampak comel, tapi itu bukan sebab untuk kaum adam mempermainkannya.

Saya di sini just nak kupas yang wanita memang dijadikan hatinya lembut. Kecuali apabila dia banyak melakukan dosa, hatinya akan menjadi sekeras batu. Dan hati batu bukan terjadi pada perempuan saja tetapi lelaki pun ada. Cumanya, asal kejadian, wanita dilahirkan dengan hati yang lembut. Yang sensitif.

Ladies, marilah kita semua perbaiki diri. Kita tahu kita ini lembut, sensitif walaupun di luar nampak keras tapi dalam hati selembut kapas. Setuju tak? Kalau tak setuju aku pelangkung kau karang. Hahahahaha takdelah!

Buat wanita di luar sana! 

Jangan sedih bila orang label buruk pasal kita.
Jangan sedih bila kena marah dengan bos, ibu, ayah, cikgu atau orang awam sekalipun.
Jangan sedih kena maki hamun dengan masyarakat.
Jangan sedih sekiranya putus cinta.
Jangan sedih sebab apa-apa jelah.

Kuatlah wanita! Be strong! Even if you look weak! Biarlah hati kita ni lembut, baru manis. Kekekekeke, marilah kita sama-sama perbaiki diri. Ambil pengajaran daripada setiap perkara yang berlaku. Apabila kena marah, relax dan perbaiki diri. Bila dilabel syaitan, muhasabah diri. Dan perbaiki diri menjadi lebih banyak berzikir pulak. Kalau difitnah, sabar dengan tohmahan dan cacian. Apabila dikritik pakaian ketat, ajarlah diri untuk memakai pakaian yang menutup aurat. Ye, manusia memang cepat sangat jatuh. Tapi bangkitlah wanita. Jangan jadikan hati lembut sebagai alasan untuk diri juga menjadi lemah okay? 

****

Wanita adalah perhiasan dunia.
Mahalkan dirimu.
Mahalkan dirimu dengan perangai dan sikap yang baik. 
Mahalkan dirimu dengan pakaian yang menutup aurat.
Mahalkan dirimu dengan ilmu yang mencukupi.

Sebab itu wanita juga adalah fitnah dunia. Sebab tu kena jaga diri baik-baik :)

Senyum selalu!

Tegurlah semua orang dengan baik lebih-lebih lagi kaum hawa.

Because women owns a fragile heart. 

We women knows it but we still act like we don't own one. macam jiran dalam situation 4 tu


Sincerely, JasmineJay