Assalamualaikum ya sahabatku!
Good morning!
Anak itu anugerah Allah yang tidak ternilai |
*selingan sebentar*
Sebenarnya, Jay nak post entri ini masa hari Sabtu yang lepas tetapi memandangkan Jay agak bizi jadi terpaksa tangguhkan ke hari ini *senyum kucing*
Alkisahnya bermula apabila Jay mengikuti konferens yang bertajuk, "Rumahku Syurgaku" di Kuala Lumpur. Kebetulan ibundaku yang menjadi AJK untuk konferens tersebut jadi ibuku mengajak untuk turut serta. Sebenarnya, Jay memang nak ada parenting skills yang hebat sebelum memulakan langkah ke alam yang seterusnya (baca; marriage). Jadi, bagaikan emas jatuh ke seluruh badan maka Jay pun pergilah ke situ. Dan sungguh, Jay dapat banyak sangat info. Ni nak habaq mai. Duk dekat sikit *senyum menangis*
Perkahwinan
Apabila dua hati sudah bertaut maka diteruskan niat murni itu ke alam perkahwinan. Di sini, Jay nak tekankan bahawasanya apabila sudah bersedia untuk alam perkahwinan maka I assume that you are also ready for a very big responsibilities afterwards. Mashaa Allah sahabat! Perkahwinan itu merupakan tanggungjawab kalian untuk menjaga si dia sampai ke hujung nyawa! Bukannya satu tahun dua tahun lepastu bosan cerai. NO! It is for a lifetime. Awak yang kena bagi dia rumah, baju, makanan, duit, kasih sayang dan sebagainya. Bayar bil api, elektrik, kereta, motor, minyak petrol dan sebagainya. Banyak duit yang nak kena pakai tau. Lagi-lagi kalau isteri awak tak bekerja. Lagi-lagi pada zaman serba moden dan mahal ini. Lagi-lagi barang dapur, twistis, cikedis, kepchi, pijahat yang harganya makin naik sebab GST. Eh? *senyum nampak gigi*. Boleh ke awak? Tu belum pergaduhan yang bakal timbul antara satu sama lain. Bukan nak meng-encouraging you guys untuk bergaduh tetapi kalau dengan mak ayah kita pun pernah berbeza pendapat dan merajuk rajuk ni apatah lagi dengan suami isteri ye dok anak-anak? Stress kerja, karenah officemates yang keep delaying those mountains of paperworks, projek-projek bina bangunan semua dan sebagainya. Boleh ke? Kalau jawapannya ya, teruskan membaca. Kalau jawapannya tidak, silalah tutup belog ini supaya anda tidak terus sakit kepala dengan Jay yang gedik listkan segala macam masalah yang akan timbul nanti *gelak berdekah-dekah*
Permata
Apabila kita sudah berkahwin maka akan tertimbul lah soalan soalan seperti ini daripada makcik makcik kampung jiran sebelah. Makcik dari negara jiran (baca; Indonesia) pun sebok bertanya pasal ni. Haish tak faham betul aku -.-
"Oi Linda, kau kan dah kahwin. Bila nak buntingnya? Aku rasa dah dua bulan kau kahwin. Ke kau ada masalah dalaman? Opsss"
"Eh! Apa khabar Aisyah? Wah! Makin berseri-seri kau sekarang ni. Bila nak dapat anak saudara ni? Tak sabarnya aku!"
"Bukkk, bila mau ada anak keponakan niii? Bosan gue duduk seorangan di rumah ini. Sunyi banget!"
Itulah antara kiasan tentang anak yang masyarakat lemparkan. Maksudnya, apabila kita sudah melangkah ke alam perkahwinan, akan terdengar sok sek sok sek tentang anak. Yes, lepas berkahwin Inshaa Allah akan ada intan permata mutiara laut yang duduk dalam perut si isteri. Selalunya memang gitu, lepas kahwin inshaa Allah akan ada anak. Jadi, sudahkah anda bersedia untuk meng-shaping anak anda? Sudahkah anda bersedia untuk spend duit dengan lebih sebab nak beli susu, pampers, baju baby, shampoo baby, dan sebagainya. Lepastu bila dah besar sikit nak kena beli baju lagi, makanan lebih sikit, bawak pergi jenjalan, masuk sekolah sampai la ke universiti. BAYAR YURAN SEKOLAH SAMPAI UNIVERSITI! Baju sekolah, elaun untuk anak di sekolah dan sebagainya. Memang BANYAK pakai duit lagi-lagi untuk si bapa. Pernah dengar 'lelaki susah masuk Syurga tetapi susah jugak masuk Neraka'? Haaa cuba fikir. Sebab itu lelaki kena banyak berkorban untuk anak isteri sebab mereka 'Susah masuk Syurga'. Lepas itu, seorang suami, amalannya dikongsi dengan isterinya. Contoh dia bersedekah 50 ringgit masa solat Jumaat, pahala yang dia dapat, dia kongsi dengan isterinya. Bila dah banyak berkorban barulah jadi 'Susah masuk Neraka'. Lain pulak ceritanya bagi sang isteri. 'Perempuan senang masuk Syurga, senang masuk Neraka'. Sebab apa? Cuba hampa pikiaq sendiri. Aduyaiii. Pahala suami pun dia dapat apatah lagi pahala sendiri dan pahala daripada anak-anak. Sebab itu mereka senang masuk Syurga. Tetapi senang jugak masuk Neraka sekiranya derhaka pada suami, mengumpat dan sebagainya. Tetapi, mashaa Allah sahabat! Kalau anda ikhlas dalam membentuk anak anda dan membiayai segala-galanya untuk anak anda, Allah tidak akan memandang ringan perkara tersebut. Allah akan gantikan duit yang anda habiskan dengan pahala yang BANYAK! Allah akan gantikan kepenatan anda drive ke sekolah anak anda di Kedah dengan pahala yang BANYAK! Memang kita tak nampak pahala itu, tetapi percayalah. Pahala anda mungkin sahaja sudah sebesar alam semesta. Who knows kan? We don't know but Allah knows it all. So apa gunanya anak ini? Sebagai penyejuk mata je ke? Itu pun kalau dia perangai elok. Kalau jenis yang demand, panas baran, terlalu manja dan sebagainya? Haaa nak salahkan siapa? Salah ibu bapa kerana tidak mendidiknya dengan betul. Ok nanti Jay bagitahu macam mana seorang ustaz ini mendidik anaknya dengan Al Quran dan solat di dada dan hasilnya Mashaa Allah, seorang ppemimpin di sekolah! Hebat! Dikenali dengan sikap yang baik, disenangi oleh semua orang dan disayangi di sekolah!
Anak adalah sumber pahala untuk ibu bapa. Setiap wang yang dibelanjakan untuk anak, Allah gantikan dengan pahala yang banyak. Lagi-lagi si ayah.
Okay, apabila seseorang wanita itu mengandung, dia akan membawa ke mana-mana sahaja perutnya yang membulat itu selama 9 bulan lebih. Aduh, hampa ingat senang ke nak mengandung ni? Susah tetapi ianya anugerah Allah maka naluri seorang wanita akan berasa gumbira. Tiada lagi istilah susah! Apabila tiba saat anak itu perlu dilahirkan maka, seorang wanita harus bermandi dengan peluh keringat sendiri yang bagaikan banjir demi anak tersayang. Allahu Akbar! Hasil daripada kepayahannya, dia diberi seorang anak yang comel macam kucing. *senyum comel*. Haa jangan lupa baca doa supaya baby kita itu dijauhkan daripada gangguan syaitan ok? 'Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah bayi ini dan jauhilah dia daripada syaitan dan kerja-kerja syaitan'. Dan selepas itu, semakin ringanlah tanggungjawabnya terhadap anaknya itu. Sebab apa? Sebab sekarang tugas si ayah pulak untuk memandikan anak, pakai pampers, potong kuku, tidurkan anak dan sebagainya. Amboiiii! Mak dah kandung 9 bulan lebih engkorang takkan nak memboyot dengan makanan dekat rumah sambil tengok tv? HAHAHAHA! Marilah kita sama-sama memikul amanah yang Allah berikan okay? Itulah, kalau tak ready lagi, huhuhu better readykan dulu lepastu baru ambil langkah seterusnya. Lepas anak itu dah berumur 2-3 tahun, si ayah ajar anak untuk membaca Iqra'. Ajar dia untuk solat. Biar lah dia sujud macam sujud anjing, biasalah budak-budak. Ini hanyalah untuk pengenalan yang awal kepada anak-anak kita. Bawa dia ke masjid. Ajar dia dengan penuh kelembutan. Anak ini fitrahnya inginkan kasih sayang, dibelai manja, dikucup lembut pipinya, dipeluk erat dan sebagainya. Dan inilah bermulanya era di mana sang suami dan isteri harus bertanggungjawab dengan penuh dedikasi untuk membentuk anak-anak. Anak-anak pada umur ini kita jadikan dia sebagai bahan mainan kita. Kita banyakkan bergurau dengan dia. Ajar dia dengan penuh sabar dan lembut. Contohnya;
"Aiman, sekarang kita solat Zuhur okay? Tapi Aiman jangan tak solat pulak. Aiman solat, lepas dah habis solat, Aiman pergilah main kalau Aiman nak :)"
"Afiq, kenapa nangis ni? Siapa buat ni? Nanti kalau Afiq asyik nangis, Baba rasa sedih. Afiq nak ke Baba sedih?
"Afrina buat apa tu? Hari ini cikgu bagi homework banyak ke? Jom Mummy tolong jawab yang mana Afrina tak tahu"
"Adik, jom baca Iqra'! Mummy ajar macam mana nak baca Iqra' okay?"Kalau parents yang kurang lembutnya akan jadi macam ni,
"Aiman! Ikut Baba pergi masjid. Lepastu jangan nak berlari-lari dalam masjid ehh?! Kalau Baba nampak, siap Aiman!"
"Dah! Takyah nangis! Diam!!!!"
"Eh Mummy bizi laa tak nampak ke?! Suruh la bibik ajar! Bikkkkkk!!! Tolong anak saya ni! Kamu duduk buat apa? Curi tulang ke?!"
"Mummy kan dah sebut 'ra' yang pergi sebut 'gha' tu kenapaaaa?!! Baca balik Iqra' ni! (kesian anak dia. Dimarahi sebab pelat 'r')Astaghfirullahalazim.
Memang berat amanah Allah SWT ni. Mendidik anak-anak memang susah. Tetapi ianya senang sekiranya kena pada caranya. The key is Sabar and Lembut. Tu je. Inshaa Allah, bergunung-gunung pahala untuk ibu bapa. Sebab anak memang perlukan kasih sayang. Bukannya kemarahan. Apabila seseorang anak itu sudah meningkat remaja, kita jadikan dia sebagai kawan. Kita rapatkan diri dengan dia. Selalu ajak jogging sama-sama. Ajak picnic sekeluarga. Selfie beramai-ramai. Ajak solat berjemaah sama-sama. Ajak baca Al-Quran bersama-sama. Bagi anak lelaki, ajar dia untuk berpuasa sunat. Dan ajar dia untuk kurangkan memakan daging merah (baca; daging lembu dan sebagainya). Sebab, ia boleh merangsang nafsu syahwat mereka pada umur ini. Bagi yang perempuan, ajar mereka untuk menutup aurat dari umur 7 tahun. Biarlah pakai tudung lengan pendek pun. Its for an early exposure. And dekat sekolah dah pakai tudung. Anak kita akan mudah mendengar kata sekiranya kita berlembut dan sabar dengan kerenah mereka. Yela, kalau orang tegur kau kasar-kasar, kau nak dengar ke? Kelembutan is the key. Cayalahh. Cium bebanyak sikit anak kau tu. It is not memanjakan. Ada beza manja dengan lembut. Contohnya;
"Aiman, dekat rumah kita dah banyak dah mainan. Kalau Baba beli yang itu, mainan Aiman yang dekat rumah tu siapa nak main? Nanti kan membazir. Aiman kan tahu yang membazir itu kawan syaitan? :)"Instead of,
"Aiman cakap je Aiman nak apa Baba AKAN belikan! Just say it!"
Kalau hang kaya, takpalah. Tapi nanti naik lemak la anak hang ni. Tiada disiplin dalam diri dan akan membuahkan anak yang dikatakan 'spoilt brat'. Hang takleh manjakan sangat anak hang. Naya hang satgi kalau dia tak dapat apa yang dia nak. Cuba hang reverse pyschology dengan dia. Buat dia pikiaq sikit. Hang cayalah, bila hang selalu buat macamni, anak hang nanti dah start matang umuq 16 tahun. Dan lahirlah seorang pemimpin dan khalifah di muka bumi ini! Darah daging hang pulak tu! Hihihihi *senyum teramat comel*
Bagaikan peribahasa JasmineJay yang mengatakan, 'Anak ibarat kain putih yang suci dan bersih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi warna warni atau pun warna hitam okengg?'
Anak ibarat kain kan? So, kain itu ada dua jenis.
- Kain yang bersih
- Kain yang kurang bersih
Jom kita tengok yang putih bersih dulu.
Anak yang baik datangnya daripada didikan ibubapa yang hebat. Ibu bapa yang hebat mempunyai didikan agama yang hebat! Mereka mengajar anaknya berlandaskan Al Quran dan As Sunnah seperti mana mereka belajar dahulu. Tak percaya? Cubalah! Anda bijak mengubahnya!
- Ajar mereka dekat dengan Al Quran
- Ajar mereka solat berjemaah
- Ajar mereka berfikir apa yang baik dan buruk
- Ajar mereka dengan penuh kelembutan
- Sentiasa luangkan masa dengan mereka (jangan duk lepak kedai kopi pulak; si ayah)
- Sentiasa prihatin kalau mereka sakit
- Sentiasa bergurau dengan mereka
- Ajar mereka untuk sentiasa berbuat baik
- Kurangkan memarahi mereka kalau mereka buat silap (si mak ni emo sikit)
- Tegur mereka dengan penuh kasih sayang
Barulah lahir keluarga yang harmoni dan mengikuti ajaran-ajaran Islam yang sebetulnya! Kena sentiasa jaga rohani mereka. Bukan sekadar fizikal mereka sahaja. Bagi makan, duit, baju dah. Cukup. Mana boleh. Kena ajar yang rohaniah. Barulah wujud suasana Islamiah dalam keluarga. Kita agama Islam atas ic atau sebetul-betulnya Islam? Tanya diri sendiri.
Sekarang, jom tengok kain yang kurang bersih.
Kebanyakannya, zaman la ni, ada bibik. So, tanggungjawab ibu bapa otometik jadi tanggungjawab bibik. Eh?
Si ayah bagi duit nanti bibik yang beli barang dapur. Si ibu pergi kerja, nanti bibik yang masak, mandikan anak, pakaikan baju untuk anak. Si ayah pergi main bola, si bibik yang duk jogging dengan anak. Si ibu pergi shopping, si bibik yang tolong anak buat homework. Si ayah dan si ibu tak solat, si bibik yang ajar anak solat *harapnya tiada yang begini ye*
- Lepas tangan kepada bibik untuk menguruskan hal anak-anak
- Lepas tangan kepada ustaz/ustazah untuk memberikan didikan agama
- Kurang memberi perhatian kepada mereka
- Banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan
- Terlalu sibuk dengan kerja
- Banyak menghabiskan masa dengan duniawi pada waktu lapang dengan anak (shopping, cinema)
- Kurang memberikan kasih sayang kepada mereka
- Cepat marah atas kesilapan mereka
- Hampa pikiaq la lagi Jay dah penat hahahaahhaha
Kalau beginilah caranya, si anak akan memberontak. Keras kepala, degil and you know it yourself. Ibu bapa pun kurang pahalanya. Padahal, anak itu sumber pahala untuk ibu bapa. Dah nama pun anugerah Allah. Maka, anda bijak mengubahnya!
Allah ada cakap dalam Al-Quran. Bahawa kita akan bertemu dengan anak beranak kita di Syurga nanti. Kalau semua masuk syurga lah.
'Dan orang-orang yang beriman, beserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di dalam syurga), dan Kami tidak mengurangi sedikit pun pahala amal (kebajikan) mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya.'
(Surah At-Tur:21)
Mashaa Allah sahabatku! Andai kata kita semua satu keluarga berada di Syurga alangkah indahnya. Seeing your mother and father in Paradise is just, Alhamdulillah! Andai kata kita berada di tingkat satu Syurga, dan ibu kita berada di tingkat yang ke-100 Syurga. Kita akan dapat jumpa mereka walaupun berlainan level of tingkat.
Itu bagi yang masuk Syurga, sahabatku. Macam mana pulak kalau kita yang masuk Neraka, tetapi ibu bapa kita masuk Syurga? Boleh ke berjumpa dengan mereka? Jawapannya tidak! Konsep dia kena semua dekat Syurga baru boleh jumpa balik. Allah ada bagitahu sesuatu benda yang sangat menakutkan dalam Al-Quran. *emoji trauma*
'Sedang mereka saling melihat. Pada hari itu, orang yang berdosa ingin sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dari azab dengan anak-anaknya. Dan isterinya dan saudaranya. Dan keluarga yang melindunginya (di dunia). Dan orang-orang di bumi seluruhnya, kemudian mengharapkan (tebusan) itu dapat menyelamatkannya'
(Surah Al-Maarij;11 hingga 14)
Hang paham ke dok maksud dia? Maksudnya, orang-orang yang ada dekat dalam Neraka, nak ganti tempat kita di dalam syurga. Contohnya macam seorang anak yang berada di dalam Neraka ingin bertukar tempat dengan ibunya yang berada di dalam Syurga supaya dia selamat dari azab Allah SWT. Sampai macam tu sekali! Sanggup seorang anak buat centu dekat mak dia?! Astaghfirullahalazim! Takut tau! Moga kita semua dijauhkan. Sebab itu pegangan kepada agama harus kuat! Bermula dari ayah dan ibu sampailah kepada generasi yang mereka lahirkan (baca; anak-anak) dan seterusnya sampai cucu cicit cicot cucut citcit. *gelak*
Ada satu lagi tips yang Jay lupa nak bagitahu.
Bila anak kita dah besar sikit, biarlah permulaan dalam membaca Al-Quran itu kita yang ajar. Bukannya ustaz atau ustazah. Biarlah kita yang ajar dia alif ba ta baris atas bawah semua. Takpelah tajwid dengan makhraj tu. Yang itu ustaz atau ustazah ajar takpe. Sebab, apabila dia dah mahir membaca Al-Quran, ilmu yang kita berikan dekat dia yang dia dok amalkan ketika membaca tu, kita yang dapat. Banyak mana pahala anak awak bila baca Al-Quran, banyak tulah jugak awak dapat. Cuba bayangkan kalau setiap hari dari kecik sampailah ke tua dia duk baca Quran, wuishh bergunung ganang pahala kau dengan anak kau. Haiyaaaaa , dah nama pun sumber rezeki oiii. Takkan nak bagi sumber rezeki tu dekat ustaz/ ustazah? Hmph rugilah hanggg. Berapa ramai anak murid ustaz/ustazah tu? Haaa now I've shared with you the secret ingredient make sure you buat ok? *senyum lebar mata tertutup*
Kita ni kena kreatif dalam membentuk anak kita. Contohnya;
"Mummy nak bagi Aisyah 10 ringgit. Aisyah dapat 10 ringgit. Mummy dapat apa?"
"Mummy nak apa? Mummy cakap la :D"
"Mummy nak Aisyah tadah tangan lepastu cakap, 'Ya Allah ya Tuhanku, ampunkanlah dosa ibuku' boleh?"
Maka Aisyah pun berbuat sedemikian. Jadi, Aisyah dapat 10 ringgit. Ibunya dapat doa daripada anaknya. Tak ke comel gitu? Hihihihi
Oh yaa, sebelum Jay terlupa. Jay nak cerita pasal sorang ustaz tu kan? Well technically, he's 40+. But, he already had 8 or 9 kids. And he said he want to have 17 kids bcs of 17 rakaats altogether a day. Mashaa Allah. Kalau aku, pengsan dah. HAHAHA! But the amazing thing is, he enjoyed training and teaching his kids. Dia tak pening kepala dengan kerenah sorang-sorang. Dia tak mengeluh dengan duit yang dia perlu keluarkan. Like I said, seorang ayah memang kena belanja banyak. Ustaz tu dah banyak gila anak dia nak tambah lagi. Wa SALUTE sama lu! He is very penyayang dengan anak-anak dia. Sangat mengutamakan anak-anak dia daripada kerja dia. Kalau anak dia sakit, dia akan immediately take MC 2 hari. Amboi kalau 5 anak sakit, 10 hari? Haaa itulah dia pengorbanan seorang ayah. Sebab apa dia sanggup amik MC 2 hari? Padahal anak dia demam biasa je, batuk sikit-sikit. Sebab, dia kata 'Orang lain boleh selesaikan masalah dekat pejabat. Tapi masalah anak saya, saya je yang boleh buat (read; anak sakit).' Dia je yang boleh jaga anak dia kalau anak dia sakit. Takde sapa boleh ganti tempat dia untuk jaga anak dia. Sebab orang lain bukan DIA (read; ustaz tu la). He teaches his sons and daughters to pray on time, berjemaah pulak tu. Always read Quran. Quran adalah pendinding diri kita daripada syaitan. Tetapi, bukannya dia tak bagi tengok kartun. Bukan dia tak bagi main game. Ada je tablet dekat rumah. Tapi dia mengamalkan untuk kurangkan anak-anak dia buat perkara lagha. Lepastu, dia terus tak bagi anak-anak dia tengok tv. Sebab apa? Sebab dia nak jaga pandangan mata anak-anak dia daripada tengok aurat perempuan, people kissing and all that's stuff. Dia nak mata anak dia bersih! Sampai macam tu sekali. But still hiburan masih ada dalam kehidupan anak-anak dia. Bila anak-anak dia dah 16 tahun and above, time tulah dorang dah start matang. Sebab dia selalu berlembut dan ajak anak dia berfikir mana baik dan buruk. Reverse pyschology katanya. Sekarang pun, anak-anak dia banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti sekolah. Bukan setakat terlibat, anak-anak dia yang organise doh!! Bukan aktiviti sembarangan eh. Aktiviti pergi overseas ke Beijing sana nuh! Bagus bagus! Itulah dia. Kepada bakal-bakal ayah dan ibu, marilah kita mencontohi ustaz ini dalam membentuk anak-anak. Penuh kelembutan, Sabar dan Berhikmah!
Anak-anak, apabila sudah besar dan ibu bapa pun sudah meninggal, jangan lupa untuk sentiasa mendoakan mereka. Bukan setakat doa je. Meh Jay nak share tips nak ringankan kedua ibu bapa kita di kubur. Contohnya kan sebelum kita baca Al-Quran, kita doa dekat Allah SWT, 'Ya Allah, satu huruf Quran ini kau ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku'. Okay selamat mengamalkannya okay! Sebab itu amalan seseorang akan terputus melainkan dengan tiga perkara and one of it is doa daripada anak yang soleh/solehah.
Dengan itu, saya ucapkan 'Selamat Mendidik Anak-Anak Kita Menjadi Soleh Dan Solehah!'. Moga bergunung ganang pahala kita dapat daripada mereka. Inshaa Allah :) *waves hand*
No comments:
Post a Comment