Dengan nama Allah SWT aku memulakan entri pada hari ini dan dengan nama Allah SWT juga aku mengakhiri entri pada hari ini.
Alhamdulillah.
Di saat ini, aku melihat ramai di antara kawanku yang akan sambung pembelajarannya tidak lama lagi yang terputus dek menunggu result upu, ipts, matrik, form 6, poli dan sebagainya.
Tetapi ramai juga yang sudah sambung belajar cuma di saat ini bahangnya semakin terasa. Kita ibaratkan yang sudah menyambung pembelajarannya sebanyak 30% dan di saat ini tambah lagi dengan 67% maka ia equals to 97%.
Alhamdulillah. Bahagia dan gumbira aku melihat kawan-kawanku yang sudah bertebaran di seluruh pelosok Malaysia demi mencari ilmu. Akan tetapi, di hati ini terselit sedikit perasaan rindu, hiba, gembira, menangis, ketawa dan sebagainya. kau dah kenapa mental nak gelak nangis sensorang?
****
Wallahi, I miss my friends. Tak sangka, yang sudah kulihat dia kecik cinonet hingus keluar sesama masa F1 dah besar. Dah masuk universiti. Yang pendek dulu sudah tinggi. Yang kasar dulu sudah lembut. Yang jahil dulu sudah beriman. Yang suka menangis dulu sudah tabah. Yang sentiasa bersama dulu harus berpisah. . . . . .
Allahu rabbi. Pelbagai dugaan dan cabaran harus ditempuhi. Untuk mencapai satu slip penting. Perjalanan yang penuh onak dan duri dan selalu hujan lebat diselangi dengan guruh dan petir yang memanah apa-apa sahaja tanpa belas dan ihsan. Dan selepas itu, kadang-kadang pelangi indah selepas hujan. Sangat menyenangkan dan hati alhamdulillah tenteram bagai berada di atas awan. Tetapi itu cuma seketika kerana hujan lebat sering datang tanpa diundang. Cuma, diri ini suka hujan. Suka melihat air nya yang ajaibnya datang dari awan. Kuasa Allah SWT yang mencipta sesuatu perkara. Dasat! Apabila diiringi dengan panahan petir, diri ini takut dan lemah. Sentiasa futur. Takutkan Allah. Risau Dia memarahiku atas kealpaanku di dunia ini. Sama jugak dengan perjalanan hidup di sekolah. Penuh onak dan duri. Selalu hujan lebat bersama petir. Selalu kena denda sebab tak siap homework. Pembentangan guna kertas mahjung kalau boleh setiap hari. Gaduh dengan kawan. Bermasam muka antara classmates. Dormmates. Tak rapat dengan homeroom. Keputusan ujian kurang memberansangkan. Malas. Penat. Banyak extra class time weekend. Semua itu ibarat hujan lebat diiringi petir. Tetapi, pelangi itu tetap ada. Walaupun hadirnya seketika, at least kita tidak mental dengan hadirnya hujan lebat petir yang menakutkan. Bergelak ketawa dengan sahabat. Ada kawan yang sentiasa tolong waktu kita susah. Walaupun sekadar menolong kita teman pergi tandas sebab tak tahan nak terkencing. Keputusan yang semakin meningkat. Outing pergi makan secret recipe. Beriadah. Alhamdulillah pelangi masih sudi memunculkan diri tatkala diri ini sudah terlalu takut dengan panahan petir yang sungguh kuat. Dan kadang-kadang, dengan terbitnya petir yang maha dasat itu adalah untuk meyedarkan kita supaya sentiasa mengingati Allah SWT. Sebab kadang-kadang panahan petir itu adalah untuk membayar kembali kafarah dosa sewaktu kita jahil dulu. Fahamkan ayatku ini.
Ya, itu semua kenangan. Dan kenangan mengajar aku banyak perkara.
Banyak sangat perkara tetapi yang ingin aku tekankan hari ini ialah mengenai ukhuwah.
Alhamdulillah, Allah masih sudi lagi hadirkan sahabat-sahabat baik untukku. Kini aku mengerti kenapa Allah juga menghadirkan aku kawan-kawan dan kadang-kadang tiada sesiapa.
Sahabat bagiku memang istimewa. Dia tidak perlu sentiasa memunculkan diri tetapi aku tahu dia sentiasa ada di sini *tunjuk dada*. Sampaikan ada yang berkata kepadaku, 'Um weh aku nampak kau ni terlalu bergantung kepada ***** lah. Kau takleh centu. Nanti kau yang susah kalau gaduh ke apa ke'. Dan jawapanku kepadanya adalah, 'Oh, kau perasan eh? Takdelah sebab kitorang memang rely on EACH OTHER. Dia bergantung padaku dan begitu juga aku. Sebab kami memang bersahabat'. Tolong jangan nak buat lawak 'oh kau ni kapiaq ka tak bergantung pada Allah SWT?' Alahai, buka sedikit minda anda. Dari segi apa yang sahabat mampu tolong lew takkan bila malas solat pun dia tolong solatkan. Haduh, yang tolong solatkan tu waktu kita jadi jenazah dik oi. Dan kawanku itu terdiam. Mungkin kerana dia jarang jumpa persahabatan pelik gini. There are still our ups and downs but Alhamdulillah by Allah's will I hope it lasts forever.
Aku juga ada kawan. Just a few. Not much. Seperti classmates, dormmates even batchmates. Kawan bagiku mungkin hanya ada beberapa sahaja sebab high school taught me about fakers. Ya, aku kini ingin berjaga-jaga dan ingin menapis orang yang aku labelnya sebagai kawan. Aku tidak ingin terperangkap lagi dengan fakers. Mungkin ada di antara kenalanku yang mengatakan aku sombong tetapi tidak mengapalah, ini keputusanku. Kerana aku hanya ingin berkawan dengan orang yang baik-baik sahaja. Bukan aku tidak ingin kawan juga dengan orang yang kurang baik cuma aku tidak ingin berkawan rapat dengannya. Cuma sekadar hai bai apa khabar itu sahaja. Aku tidak mahu aku terkena panahan petir lagi. Dan kawanku yang baik Alhamdulillah semuanya sentiasa ada untuk menolongku. Allah memberi pertolongan kadang-kadang melalui manusia *kenyit mata*. Allah masih hadirkan mereka untukku.
Tetapi, ada masanya aku tiada sahabat. Atau kawan mahupun kenalan. Mengapa? Inilah maksudku kafarah dosa. Inilah maksudku panahan petir yang terlalu kuat di mana hikmahnya Allah SWT ingin kita kembali mengingati Dia. Awat pelik semacam ja ayat hiang ni? Maksudku, kadang-kadang kita gaduh teruk dengan sahabat kita. Lepas itu ditambah lagi dengan perbalahan dengan sahabat. Kenalan takyah cakap lah, bukannya rapat pung. Kini aku faham mengapa. Kadang-kadang kita jalan pergi kelas sorang-sorang. Makan sorang-sorang. Keluar pergi surau sorang-sorang. Balik prep sorang-sorang. Semuanya sorang-sorang. Inilah dia kafarah dosa dan jalan pulang kembali ke Dia. Kafarah dosa mungkin kerana kita jahil dulu, kuat mencarut solat tak jaga puasa tak penuh dan sebagainya. Inilah dia kafarah dosa yang harus kita terima akibat perbuatan kita. Akan tetapi, harus diingat. Bahawa, hati manusia ini fitrahnya baik. Dan sesiapa hatinya yang memang akarnya akar kebaikan jahat macam mana pun akhirnya dia akan kembali menjadi baik. Tetapi manusia yang memilih tempoh untuk menjadi baik atau jahat. Contohnya, seorang budak fakir miskin (baik) yang baru first attempt nak mencuri and then berjaya, Allah hadirkan perasaan bersalah dalam dirinya. Tetapi dia berhak memilih untuk meneruskan pekerjaan barunya untuk menjadi pencuri atau bertaubat. Sekiranya dia sudah lama mencuri pun, kalau hidayah Allah, Allah beri padanya inshaa Allah dia akan bertaubat. Tetapi ada kafarah dosa yang harus dibayar. Contohnya macam setelah sekian lama mencuri dia dah kaya dan kafarah yang harus dia bayar ialah dengan dihidapi kanser paru-paru. Begitu juga denganku. Itulah kafarah dosa yang harus ku bayar. Allah tidak izinkan sesiapa berkawan denganku atas perbuatanku dan Allah SWT ingin aku sentiasa ingat pada Dia dan bergantung sepenuhnya pada Dia. Tetapi mashaa Allah sahabatku, kafarah dosa ini ada hikmahnya. Hikmahnya ialah Allah is pushing you towards Him through your kafarah dosa. Macam keling la ayat kau ni Jay. Dahla buat dosa, tetiba dapat dekat pulak dengan Allah. Mende ni??? *gelak*
Yela, bila kau dah taubat, kau akan mula mendekati Allah kan? Kau akan mula mencari Dia kan? Itulah maksud aku. Macam pemcuri tadi, kafarah dosa dia kanser paru-paru. Maka, dia akan sedar bahawa teruknya dia kerana tidak menggunakan keupayaan yang dahulu dia miliki untuk mendekati Allah SWT. Contohnya macam solat. Apabila dia sakit, dia susah untuk solat. Bangun dan berdiri tegak. Angkat takbir. Susah. Dan ketika itulah dia akan tersedar dan mula kembali mendekati Dia walaupun solatnya hanya sekadar menggerakkan mata. That's a good process of returning back to our Lord. Tidaklah mati kita ini sia-sia.
Dan semuanya lillahi taala. Aku juga sedang berhenshin sedikit demi sedikit kerana aku tersedar banyak sungguh dosaku pada masa lampau kini dan akan datang. Untuk itu, aku ingin ucapkan ribuan jutaan infinity terima kasih kepada sahabat-sahabatku, kawan-kawanku kerana ada di saat diri ini memerlukan kalian. Ukhuwah yang terjalin ini moga sentiasa erat dan tidak akan pernah goyah. Inshaa Allah. Aku sayang kalian kerana Dia. Moga kita sentiasa berlumba membuat saham di akhirat kelak supaya tidak berlaku perebutan pahala (pergaduhan) seperti yang sering berlaku di dunia ini. Maafkan diri ini kerana tidak sempurna. Andai terguris hati kalian dengan kata-kataku ampunkan aku. Andai diri ini tidak mampu untuk menolongmu, ampunkan aku. Andai diri ini pernah menyakiti hatimu, ampunkan aku. To me, my sahabat and friends are purrfect with their imperfections. Jaga diri, jaga hati dan jaga iman. Ku akan sentiasa merindui kehadiranmu yang pernah mengisi hidupku. Alhamdulillah for your presence in my life.
Sincerely, JasmineJay
No comments:
Post a Comment