MURABBI
"Aku juga ingin menjadikan seseorang sebagai murabbiku supaya aku boleh menambah ilmu pengetahuanku", katanya dalam hati.
Melihatkan orang lain sering mendapat ilmu pengetahuan membuatkan dirinya juga ingin menjadi orang yang penuh dengan ilmu pengetahuan.
Tujuannya adalah supaya dia dapat mengenali Allah dengan lebih dekat.
Selalunya dia mendapat ilmu agama daripada tazkirah yang selalu diadakan di sekolahnya.
Tapi sekarang dia sudah tidak sekolah lagi.
Bukan kerana dia berhenti atau kena buang, tetapi kerana dia sudah habis sekolah.
Jadi dimana dia ingin mendapatkan ilmu agama lagi?
Ingin bertanya pada siapa kerana sudah tiada lagi ustaz/ustazah yang boleh ditanya.
Jadi, dia melihat orang lain.
Di mana mereka mendapat semua ilmu agama ini? Dari siapa?
Dia pun tidak tahu.
Jadi, dia mengambil inisiatif untuk mendengar sahaja video-video majlis ilmu agama di Youtube
Ataupun membaca tweet-tweet daripada orang-orang yang berilmu di Twitter
Ataupun bertanya soalan di Askfm
Tetapi malangnya, dia merasakan seperti mahu lebih lagi seperti mendapatkan ilmu-ilmu tersebut daripada seseorang.
Satu hari, dia terbaca blog seseorang *saya gelarnya X ok?
X berkata di dalam blognya, "Murabbiku sering berkata . . . . . . . "
Atau dia kata, "Murabbiku selalu berpesan kepadaku . . . . . . . . . "
Jadi dia pun ingin ada seorang murabbi!
Supaya dia juga mendapat ilmu pengetahuan sekaligus mendapat pesanan-pesanan seperti X.
Little did she knew
That her murabbi is only in front of her eyes
Always with her these days
No need someone who is far
So she said to herself "Aku juga inginkan seorang murabbi untuk mengajarku"
So what did Allah said to her?
Her mum came across her mind.
Subhanallah!
Alhamdulillah!
"Aku tak sedar selama ni aku sudahpun mempunyai murabbi! Alhamdulillah ya Allah! Terima kasih kerana memberitahuku"
Ya, dia tidak sedar bahawa Allah beri dia lebih dari dia jangkakan
Seorang ibu sekaligus seorang murabbi
Two in one.
Thankyou Allah :')
-Jay-
No comments:
Post a Comment