Assalamualaikum :)
Good day to all muslims all over the world.
Hope all of you are strong enough to face another day in this Dunya untill the day of Judgement.
****
"Weh, cacat tu cane ek?"
"Orang yang ada masalah fizikal la. Macam takde tangan ke. Kaki ke. And many more. Apa punya soalan ah kau"
"Kalau cacat dalam Islam pulak cane?"
"?????? "
Cacat dalam Islam pulak maksudnya:
Ada mata tapi buta
Buta untuk tengok ciptaan Allah yang Maha Banyak dekat dunia ni.
Ada telinga tapi pekak
Pekak untuk dengar kalimah-kalimah Allah yang indah
Ada mulut tapi bisu
Bisu untuk bercakap perkara yang baik dan bermanfaat
Ada tangan tapi patah
Patah untuk melakukan perbuatan yang diredhai Allah S.W.T
Ada kaki tapi tempang
Tempang untuk menjejakkan kaki ke rumah-rumah Allah S.W.T
Ada akal tapi bodoh
Bodoh untuk mencari ilmu pengetahuan Allah yang Maha Luas
Sahabat,
Kita ni umat akhir zaman
Nak dekat dah Kiamat tu.
Dalam Al-Quran pun dah cakap.
Janganlah kita leka dengan dunia ni.
Jangan pula kita termasuk dalam golongan-2 yang rugi.
Allah sentiasa ada untuk setiap umatnya.
Kita pulak, ada tak untuk Allah?
Sesungguhnya Allah tu menyayangi hamba-hambaNya.
Dia kan Ar-Rahim!
Sungguh, jangan sampai hati kita jadi hitam legam dengan bintik-2 dosa
Sebab time tu pintu hati kita dah tertutup
Tujuan kita hidup hanya satu
Iaitu untuk beribadah kepada Allah
Haish, tapi orang selalu salah faham tau. Beribadah tu tak semestinya solat je sepanjang masa. I mean kalau kita dengar lagu maher zain pun beribadah apa? Kan ada zikir-2 dalam lagu tu. Ceh *promote lagu blog pulak. Eh belajar pun beribadah apa? Yela, belajar tu satu jihad tau. Same goes to kerja pun. Semuanya semata-mata untuk dekat dengan Allah.
Whatever it is, kita kena sentiasa ingat Allah -Mama-
STOP!
Cepat INGAT ALLAH dulu!
Jangan jadi orang yang lalai.
Kalau ter-lalai, cepat-2 kembali pada Allah ok?
Ingat, Allah tengok pada usaha kamu.
Bukan hasilnya :)
"Dan kehidupan di dunia itu hanyalah senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui"
30:64 (Surah Ar-Rum)
Words by Sheikh Kamal El Mekki |
Sincerely, Jay
No comments:
Post a Comment